asli - Elly Mazlein



KUALA LUMPUR: Penyanyi, Elly Mazlein, menafikan dakwaan kononnya beliau melakukan pembedahan untuk membesarkan payudaranya.

Sambil tergelak besar mendengar pertanyaan itu, Elly, 38, berkata beliau tidak pernah melakukan prosedur terbabit demi kecantikan diri.

"Dada saya adalah asli dan ia berkeadaan begitu kerana anak saya, Putri Sarah Sefhia, masih lagi menyusu badan.

"Lagipun, tiada sebab untuk saya membuat sebarang perubahan.

"Kalau ada yang masih sangsi dan terus membuat tuduhan bukan-bukan, saya tak kisah. Terpulanglah pada mereka," kata Elly ketika ditemui pada majlis sidang media Mentor Otai di sebuah pusat hiburan terkemuka, di sini hari ini.

Diusik dengan pertanyaan, adakah beliau gusar andai netizen menggelarkan dirinya sebagai simbol seks hanya kerana bentuk fizikalnya itu, Elly bersikap terbuka dalam hal terbabit.

"Lantak apa orang nak kata. Saya malas nak fikir kerana saya sudah melalui banyak kontroversi sebelum ini. Mulut orang bukannya boleh ditutup," katanya.

Terdahulu, penyanyi Usah Ditambah Bara Tersimpan ini dipilih sebagai pengacara program mingguan itu, bersama-sama penyampai Hot FM, Haziq Husni.

Mentor Otai yang akan bersiaran di TV3 membariskan penyanyi Misha Omar, Siti Sarah, Zarul Husin dan Tam Spider sebagai mentor.

BIARPUN berazam untuk mengurangkan kontroversi pada tahun 2018, namun penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein tetap tidak dapat mengelak daripada dihurungi cerita panas.
Terbaharu, bekas peserta Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) ini dikatakan membuat pembedahan pada payudaranya agak kelihatan lebih besar.
Tidak melatah dengan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkata, secara logiknya dia masih menyusukan anak tunggalnya, Putri Sara Sefhia, sejak dua tahun lalu.
"Sefhia masih menyusu badan, jadi macam mana pulak nak buat payudara. Apa pasti payudara saya original dan alhamdulillah rezeki Sefhia juga dapat menyusu badan sehingga ke hari ini.
"Jadi kalau mana-mana wanita yang mahu payudara nampak besar, beranak dan berilah anak anda susu," selorohnya ketika ditemui pada pelancaran Mentor Otai, di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Ditanya tidakkah dia bimbang andai ada netizen yang membandingkan gambar lamanya dengan gambar kini, serta dilabelkan sebagai simbol seks, wanita berusia 38 tahun ini berkata, dia sudah lali dengan kata-kata netizen.


  "Pada saya itu hak masing-masing nak kata apa. Saya tak boleh tutup mulut orang. Malah selepas sekian lama berkecimpung di dalam industri seni, saya dah biasa dan tak cepat berasa sensitif," jelasnya.
Tambah Elly, pengalaman juga menjadikan dia wanita yang lebih kuat dan berani berbanding dahulu.
"Dulu bila saya diam je, orang sekeliling macam naik lemak. Tapi kini tidak lagi. Kalau orang cakap benda tak betul saya bagi balik," ujarnya.
Sementara itu, menerusi program Mentor Otai yang akan bermula mula Ahad ini, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Usah Ditambah Bara Tersimpan ini akan menjadi pengacara bersama penyampai Hot FM, Haziq Husni.

Mentor Otai yang akan bersiaran di TV3, setiap Ahad, jam 9 malam, sebanyak tujuh episod, membariskan penyanyi Misha Omar, Siti Sarah, Zarul Husin dan Tam Spider sebagai mentor.
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==