Selepas 10 tahun, Adam Corrie bakal jadi ayah

Selepas 10 tahun, Adam Corrie bakal jadi ayah.

PELAKON aksi terkenal, Adam Corrie Lee berkongsi berita gembira dengan peminat apabila mendedahkan beliau bakal bergelar ayah.
Menerusi perkongsian di Facebooknya, Adam ternyata gembira dan tidak sabar menanti kelahiran anaknya itu.
"Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan-MU. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kebahagian kami.Alhamdulillah.
"ALLAH dah bagi honeymoon 10 tahun, berdua. Insya-ALLAH kelak bertiga pula," kongsinya hari ini.
Dalam pada itu, Corrie menitipkan doa agar dipermudahkan segala urusan kelahiran bayinya.
“Ya ALLAH, semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama.
"Ya ALLAH, semoga Engkau memberikan kepada bayi ini umur yang panjang, sihat jasmani dan rohani, bagus budi perangainya, fasih lisannya.
"Serta bagus suaranya untuk membaca dan al-Quran dan tinggikanlah darjat.  Dan luaskanlah rezeki.  Dan jadikanlah bagi manusia yang  selamat di dunia dan akhirat dan taat pada agama dan ALLAH," zahirnya.
Dalam pada itu, beliau turut mendoakan agar mereka  yang belum dikurniakan anak agar segera diberi kurniaan itu.

"Saya doakan juga mereka yang masih menanti rezeki zuriat semoga ALLAH berikan zuriat juga," katanya.

sumber : sinarharian.com.my
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==