Tempat Menarik Di Malaysia – Tapi Macam Overseas

Ramai yang kata, tarikan di Malaysia ini tak sama macam di overseas. Tapi betul ke?

Sebenarnya ada tempat menarik di Malaysia ini, yang pemandangannya dekat sama macam di luar negeri tu.



Kalau setakat nak ambil feel overseas, kat Malaysia pun boleh.
Jom tengok satu-satu.

Selfie Sakan – Macam Di Bolivia

Tempat ini macam di Bolivia — Salar de Uyuni. Bila tangkap gambar, dah tak nampak mana langit, mana bumi.


Tempatnya? Dekat dengan Kuala Selangor, 1 jam dari KL.
Specialnya tempat ini sebab scene macam kat atas cuma ada 5 hari sebulan.
Nak ke sini, kena naik bot. Sebab ini bukan tepi laut. Orang sini panggil scene aneh ini Mirror In The Sky.

Trip ke sini selalu penuh, sebab fenomena ini bukan hari-hari ada.
 Lokasi : Sasaran, Kuala Selangor
 Kos : RM 65 (15 orang ke atas)
 Cara datang: Contact FB Calvin Ho

Tenangkan Jiwa – Macam Di Taman Jepun



Ada beberapa tempat menarik di Malaysia yang pemandangannya macam di Jepun. Ada yang bermusim, ada yang sepanjang tahun.
Tapi kalau yang sentiasa macam di Jepun, kena pergi ke Colmare Tropicale.

Sewa Kimono, lepas tu bergambar puas-puas.
Perut lapar? Makan sushi. Badan letih? Rasa urut gaya Jepun kat Tatami Spa.
 Lokasi : Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
 Kos : RM 60 seorg
 Cara Ke Sini: Naik bas pergi balik dari Berjaya Times Square KL ke Colmare.

Kalau setakat pemandangan macam di Jepun, tunggu musim bunga Sakura.
Merata view pink ada di Malaysia – Penang & Parit Buntar, Kemaman & Alor Setar antara tempat yang famous.

Bezanya kita ada lembuuuu ….


Lokasi : Parit Buntar, Kemaman, Alor Star dll
 Kos : Percuma

Layan Hidup Kublai Khan – Macam Di Monggolia

the-mongolian-yurt-sabah2


Nak merasa tidur dalam rumah orang Monggol? Datang ke  Kundasang.
Tempat ini sejuk ya amat (17 darjah Celcius). Sesuai sangat kalau hangpa mahu ke Sydney tapi bajet cuma ke cukup ke Sabah.


Sumber : www.jomjalan.com.my

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==